27 July 2011

L.I tamat juga akhirnya

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga latihan industri selama 8 minggu di Fisheries Research Institute, Tanjung Demong, Besut, Terengganu. Hampir setiap hari hari memandu kereta dan kadang-kadang menunggang motosikal dari rumah ke tempat latihan yang mengambil masa sejam, kini aku telah bebas!

Kebebasan ini tidak terungkap dengan kata-kata. Hanya tidur di pagi hari sahaja yang dapat menggambarkan betapa nikmatnya setelah berjaya menamatkan latihan industri selama 8 minggu itu! Haha.

Sebenarnya, aku tiada mood untuk menulis panjang. Sejak akhir-akhir ini pun, aku lebih banyak 'menidurkan diri'. Menidurkan diri bermaksud memaksa diri sendiri untuk tidur selama mana yang mungkin dan boleh. Untuk apa? Untuk mencari keseronokan mimpi! Haha.

Tidak ingin bercakap panjang, di kesempatan ini, sebelum menyambung tidur, aku menyusun jari memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini, andai selama perkenalan kita, aku ada melakukan kesalahan atau ada menyinggung perasaan. Aku juga menggenggam tangan tanda terima kasih kepada sesiapa sahaja yang sudi menceriakan hidup aku dengan cara masing-masing! Sesungguhnya, tidak terbalas aku akan kebaikan dan keihklasan kalian. Terima kasih..Terima kasih...Terima kasih..........zzzZZ

06 July 2011

Taktala Ayah dan Umi Diserang Strok...

5 Julai 2011. Cuma berbaki 3 hari lagi sebelum latihan praktikal di Tanjung Demong berakhir. Aku bersemangat sekali pagi itu. Mungkin kerana selepas ini aku tidak akan kembali lagi ke sana. Wah, best! Aku mengomel dalam hati. Pagi itu, aku bangun awal; pukul 5.45 pagi. Aku terus membersihkan diri, sembahyang dan bersiap-siap untuk ke Tanjung Demong. Semasa lalu ke dapur untuk minum air, aku nampak Umi melambai-lambai ke arahku dari kejauhan. Umi duduk di tepi katil. "Ada apa Umi?" Aku menyoal. Pada waktu itu aku tidak tahu apa-apa. Umi tiba-tiba seperti ingin menangis. "Umi tak boleh bangun!" suara umi lain daripada biasa dan beliau tidak boleh bercakap dengan sempurna. Mulut beliau macam mulut orang kena strok. Subhanallah! Aku terkejut. "Tak boleh bangun?" Aku menyoal kembali tanda cemas dan panik. "Umi, Amru pergi panggil Atiyyah" aku terus melangkah naik ke tingkat atas dan memanggil kakak aku. Doktor pelatih di HUSM itu segera turun dalam keadaan terkejut. Dipendekkan cerita, umi akhirnya dibawa ke hospital oleh aku dan kakak aku. Umi terpaksa dipapah untuk naik kereta kerana kaki beliau tidak lagi sekuat dulu. Kenapa begitu pantas sekali untuk semua ini berlaku?-Sepanjang perjalanan ke hospital, aku menyoal diri sendiri.

Ah, aku asyik ingin menangis. Tekanan darah umi mencecah 200. Aku menangis kerana terkejut dan bimbang. Akukah penyebab umi stress? Akukah yang memeningkan umi selama ini sehingga beliau diserang strok? Akukah yang membuatkan beliau selalu berkeadaan risau? Akukah??? Maafkan Amru umi...maafkan Amru....aku bermonolog sendirian. Ya, selama ini aku yang buat Umi bimbang. Aku buat umi risau dengan keadaan aku. Aku merokok, aku marah-marah bila ada sesuatu yang tidak kena...dan aku buat macam-macam! Maafkan Amru Umi....Ah, umi tidak apa-apa! Umi akan O.K! Yakin! Dalam yakin, air mata aku mengalir juga...

Pukul 2.00 petang aku balik sekejap ke rumah untuk menjenguk ayah dan mengambil kain baju umi. Umi kena tahan di ward. Aku tinggalkan sekejap Umi keseorangan di hospital. Ayah di rumah juga berseorangan. Semasa aku dalam perjalanan ke rumah, tiba-tiba aku sedih terkenangkan umi sendirian di hospital. Dan bila aku dalam perjalanan ke hospital pula, aku rasa sebak terkenangkan ayah yang bersendirian di rumah. Ayah sakit lutut dek rawan pada sendi lutut beliau sudah haus. Ayah juga selalu letih dek strok 3 tahun yang lalu. Semasa aku sampai di rumah pukul 2.00 petang tadi pun, ayah sedang tidur. Beliau nampak letih.

Ah, tak ada apa-apa lah. Ayah masih boleh berjalan, pandailah beliau menjaga diri. InsyaAllah tiada apa-apa. Yang kritikal sekarang umi. Umi tidak boleh berjalan dan perlukan seseorang untuk menolak kerusi roda ke tandas dan memapah beliau duduk dalam tandas. Hendak membuka paip pun beliau tdak bermaya melakukan sendiri. Umi perlukan orang untuk menyuapkan beliau nasi! Ah, aku cuba menenangkan hati. Jauh di sudut hati, aku sebenarnya bimbangkan ayah sendirian di rumah......

Malam tadi aku sudah membuat keputusan. Kalau Umi masih tidak sembuh lagi selepas Aidilfitri bulan 9 nanti dan masih tidak boleh berjalan seperti sediakala, aku akan menangguh pengajian aku di UMT, atau memohon untuk berhenti pengajian. Bukan apa, ayah hendak berjalan 2 meter pun bukan main siksa dan lambat, ditambah dengan keadaan beliau yang selalu pening serta letih. Umi pula hilang upaya bahagian badan sebelah kanan dan tidak boleh berjalan dek diserang strok pagi tadi. Keputusan dan tindakan yang tidak tepat sekiranya aku meninggalkan umi dan ayah berdua di rumah, sedangkan kedua-dua mereka sakit dan lemah. Memanglah Atiyyah ada di rumah, tapi beliau sering on call. Pada hari biasa pun, beliau terpaksa pergi kerja pukul 8 pagi dan balik pukul 6 petang. Jadi akulah yang mesti berkorban. Pelajaran buat masa ini bukan lagi keutamaan bagi aku. Keutamaan sekarang ialah ayah dan umi. Bagi aku, jika berjaya menjadi pelajar terbaik di peringkat dunia sekalipun, tidak akan memberi apa-apa kepuasan dan kebahagiaan, sekiranya kita melepaskan peluang yang masih ada hari ini untuk ditangisi hari esok. Biarlah hari semalam yang telah berlalu. Tetapi hari ini, peluang masih terbuka luas untuk aku menebus kesalahan lalu. Dan aku bukanlah pelajar yang gilakan nama dan populariti dalam dunia akademik. Aku bukanlah si bodoh yang sanggup meninggalkan emas permata yang telah melahirkan aku demi mengejar sekeping kertas yang tiada nilai apa-apa pun di sisi Tuhan. Aku nekad untuk menjaga ayah dan umi, walau apapun yang perlu aku korbankan kerana aku yakin nilai sebenar kebahagiaan bukan terletak pada sekeping sijil kertas.

Ayah dan Umi, mulai saat ini anakmu ini tidak lagi sesekali akan meninggalkanmu selagi masih diberi nafas oleh Tuhan!

13 June 2011

Kerana Inilah Kehidupan



Dengan sinaran mentari, kita memulakan hari. Kadang-kadang hari yang kita mulakan, tidak bermentari pun. Mungkin hanya mendung atau dibasahi hujan. Di kala senja, saat mentari beransur pudar, kita bersedia untuk menerima malam. Malam yang mengganti siang, boleh jadi diterangi cahaya bulan dan kerlipan bintang, dan boleh jadi kosong. Tanpa apa-apa. Antara siang dan malam, kita melalui semua perkara. Kadang-kadang membuatkan kita tersenyum dan tertawa, dan kadang-kadang membuatkan kita sebak bergenang air mata.

Apa pun yang telah kita lalui sepanjang kehidupan, kita tidak mungin boleh berpatah balik. Mustahil untuk kita mengelak dari menempuh hari-hari yang mendatang. Sama ada suka atau benci, kita perlu juga menempuhnya. Jika dalam perjalanan, kita pernah melakukan kesilapan yang menimbulkan seribu satu penyesalan pada diri, kita tidak ada pilihan lain lagi; melainkan menginsafinya dan menempuh esok dengan dengan azam dan tekad; azam untuk berusaha tidak mengulangi kesilapan lalu dan tekad dengan lembaran hidup yang baru. Jika dalam perjalanan, kita telah mengecap kemanisan hidup, janganlah kita bangga dan mendabik dada. Ingatlah bahawa manisnya hidup seperti juga manisnya debunga; bila-bila sahaja debunga yang manis akan hilang diragut lebah berbisa. Kita harus bersedia.

Apa pun yang telah kita lakukan dalam hidup, jangan pernah melangkah ke belakang. Kerana siang dan malam akan tetap silih berganti membawa hari ke hadapan. Sama ada kita ditemani sinaran mentari, bermendung atau berhujan di siang hari dan sama ada kita ditemani bulan dan bintang atau bergelap di malam hari, kita perlu jua melangkah ke hadapan. Kerana inilah kehidupan.

04 June 2011

Siapakah Yang Menyahut Derita Rintihan Insan?



Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?

Bagi jiwa insani yang renggang dari Tuhan, jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dirasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya.

Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Tergantung dengan yang lemah sepertinya. Berpaut pada yang rapuh kerana disangkakan kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa bahawa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. Allah mengingatkan manusia tentang hal ini dengan firmanNya: (maksudnya)

“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).

Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan.

Adapun jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).

Demi sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Jarak antara bumi dan langit amat jauh. Masih tidak dapat dihitung oleh manusia. Namun, jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’ maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.

Bukanlah bererti insan yang bergantung kepada Allah itu menolak pertolongan makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah. Namun, segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan jiwa dan ruh yang sentiasa bergantung dan menyeru Allah. Pertolongan makhluk hanya ‘sebab’ yang berlaku atas kehidupan duniawi, hakikatnya daripada Allah S.W.T. Al-Hafiz Ibnu Kathir (meninggal 774H) dalam tafsirnya, menyebut riwayat dari Wahab bin Munabbih (tabi’i, seorang yahudi yang telah menganut Islam) pernah berkata:

“Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu, bahawa Allah berfirman: “Demi kemuliaanKU, seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya, bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang denganKU, sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar. Sesiapa yang tidak berpegang denganKu, maka sesungguhnya AKU boleh tenggelamkannya ke dalam bumi di bawah kedua kakinya, AKU jadikan dia di awangan (tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/422. Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub).

Maksudnya, dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya, dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba yang berpaling dari memanggil kebesaranNya.

Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. Betapa ramai yang lidahnya menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut.

Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNya. Ini yang disebut oleh Nabi s.a.w:

“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).

Jika insan ikhlas dan membulatkan pergantungan kepada Allah, Allah menerima harapannya, sekalipun dahulunya dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan pun, Allah tetap akan mendengar rayuan. Dengan syarat dia hendaklah penuh ikhlas kepada Allah ketika doanya. Al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsir ketika menghuraikan firman Allah tadi: (maksudnya)

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”, dia berkata: “Allah menjamin menyahut orang yang kemudaratan apabila dia berdoa kepadaNya. DIA memberitahu mengenai diriNya. DIA menerima doa orang yang dalam kemudaratan sebabnya keadaan doa ketika dururat (kesusahan yang amat) itu terbit dari keikhlasan, terputus hubungan hati sanubari dengan selain Allah. Bagi keikhlasan itu suatu kedudukan dan jaminan di sisi Allah. Ini boleh ada pada orang mukmin dan kafir, yang taat dan yang jahat.

Persis seperti firman Allah: (maksudnya) “Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut; sehingga apabila kamu berada dalam dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya, dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah angin ribut yang kencang, dan datang pula kepada mereka ombak dari segala penjuru, dan mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami akan menjadi orang-orang Yang bersyukur” (Surah Yunus, ayat 22).

Firman Allah juga: (maksudnya) “Maka apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan mereka mengikhlaskan kepadaNya agama, kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka melakukan syirik kepadaNya” (Surah al-Ankabut, ayat 65).

(kata al-Qurtubi lagi) “DIA menyahut doa mereka ketika darurat dan berlakunya keikhlasan mereka, sedangkan DIA tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 13/223. Beirut: Dar al-Fikr)

Fitrah insani akan memanggil Allah dengan penuh ikhlas apabila dia dalam kesusahan. Sehingga ada yang pernah kufur dan sesat akan kembali ikhlas memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila dia terdesak –seperti al-Quran gambarkan di atas-. Bagaimanakah seorang muslim gagal untuk mengikhlaskan jiwa memanggil Allah dengan penuh keikhlasan pabila dia dalam kemudaratan?! Bagaimana mungkin insan mencari ‘kabel’ atau saluran pertolongan, merayu dan merintih, mengharap dan meminta kepada selain Allah apabila dia ditimpa kesusahan? Jika dia menyeru Allah dalam kesusahan, mengapakah pula dia gagal mengikhlaskan tauhid dan pergantungan kepadaNYa? Sedangkan Allah menjamin untuk menerima doa penuh ikhlas tanpa syirik daripada hamba-hambaNya yang dalam kemudaratan. Siapakah lagi yang dapat mendengar rintihan kesusahan ini? hanyalah ALLAH, tiada sekutu bagiNya.

*Tulisan di atas ialah hasil karangan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Dipetik dari www.drmaza.com.

04 May 2011

Suatu Kehilangan



Hari itu mereka bertiga tidak hadir ke sekolah. Pelik. Jarang mereka tidak hadir ke sekolah, apa lagi ketiga-tiga orang sekaligus. Kemana mereka? Kami tertanya-tanya sesama sendiri.

Omar sama umur dengan saya. Saya di kelas no. 2, beliau pula di kelas no.1. Beliau lebih pandai dari saya. Rupa beliau yang kacak dan yang putih melepak pula, jauh sekali dengan rupa saya yang hanya biasa-biasa dan kuning langsat ini. Kerana itu, pemilik badan berwajah Pan Asia ini agak popular di sekolah. Hakikat bahawa beliau mewarisi darah bangsa Eropah, memang dikagumi dan dipandang tinggi.

Ketiadaan Omar di sekolah pada hari itu, membuatkan kami tertanya-tanya. Biasanya hanya salah salah seorang dari mereka sahaja yang tidak hadir. Tapi hari itu, bukan sahaja Omar, tapi abangnya; Abu Bakar, dan adiknya; Othman, juga tidak kelihatan.

Di sekolah, saya dan Omar, walaupun selalu bertemu, tetapi kami jarang bercakap. Saya susah hendak 'masuk' dengan orang jenis pendiam ini. Dan Omar memang pendiam. Pada waktu rehat, taktala orang lain makan-makan, borak-borak dan bergurau senda, beliau pula lebih suka menghabiskan waktu rehatnya di perpustakaan...

Tiba-tiba Alif meluru ke arah kami. Alif adalah anak kepada guru bahasa Inggeris kami; Teacher Rahnah. Apa-apa maklumat dari guru, beliaulah murid yang terawal tahu. "Abu Bakar, Omar dan Othman mati lemas!". Kami semua terkejut. "Mereka sekeluarga pergi mandi-manda di kolam renang. Tiba-tiba Othman lemas. Umar yang berada di pinggir kolam terjun untuk menyelamatkan Othman, tapi turut lemas. Abu Bakar yang panik, terjun untuk menyelamatkan kedua-dua adiknya. Tapi....Abu Bakar turut lemas bersama-sama..."

Tengahari itu, kelas dibatalkan. Semua guru Sekolah Rendah Islam Sri Kota pergi ke rumah tiga beradik tersebut. Beberapa orang murid turut terpilih. Saya pula antara yang tidak berpeluang untuk menziarahi mereka. Hanya al-Fatihah dari kejauhan yang mampu saya sedekahkan....

Saya yang tiba-tiba rasa kehilangan ketika itu, menitipkan doa dalam hati. Semoga Abu Bakar, Omar dan Othman diletakkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Semoga pengorbanan dua orang abang demi menyelamatkan seorang adik, diberi ganjaran oleh Yang Maha Esa. Al-Fatihah.

*Umar ketika itu darjah 3. Abu Bakar darjah 5, manakala Othman baru memasuki darjah satu. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Amin.

29 April 2011

Kisah Ferdinand Magellan



Dalam satu majlis jamuan meraikan kejayaannya belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah disindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.

"Ah, belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana..." kata seorang penulis dengan suara agak kuat.

"Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat," tambah seorang ahli perniagan.

"Dan kelasi yang setia," ujar seorang jeneral.

"Tuan-tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri," kata Ferdinand mencabar pengkritiknya.

"Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikian," jawab pengkritiknya setelah mencuba berkali-kali.

Ferdinand lantas memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.

"Ah, kalau begitu sesiapa pun boleh melakukannya," kata pengkritiknya sambil mencebik.

"Ya, setelah aku melakukannya!"

Sumber: Majalah Solusi No.6

27 April 2011

The Carpenter



A highly skilled carpenter who had grown old was ready to retire. He told his employer-contractor of his plans to leave the house building business and live a more leisurely life with his family. He would miss the paycheck, but he needed to retire.

The employer was sorry to see his good worker go and asked if he could build just one more house as a personal favor. The carpenter agreed to this proposal but made sure that this will be his last project. Being in a mood to retire, the carpenter was not paying much attention to building this house. His heart was not in his work. He resorted to poor workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end his career.

When the job was done, the carpenter called his employer and showed him the house. The employer handed over some papers and the front door key to the carpenter and said "This is your house, my gift to you."

The carpenter was in a shock! What a shame! If he had only known that he was building his own house, he would have made it better than any other house that he ever built!

Our situation can be compared to this carpenter. Allah has sent us to this world to build our homes in paradise by obeying His commands. Now, we have to decide how well we wish to build the homes where we will live forever.


Source: www.islamcan.com

12 April 2011

Picasso Prince

Akhirnya selesai sudah presentation breeding program kami dalam kursus AQU3601: Genetik dan Pemulihan Stok. Kumpulan kami memilih Percula Clownfish atau nama saintifiknya Amphiprion percula sebagai species pilihan untuk breeding program ini. Dalam breeding program ini, lima variant Percula clownfish, iaitu Orange, Onyx, Picasso, Premium Picasso, dan Platinum Picasso,akan dikacuk-silangkan antara satu sama lain.

Setelah dua hari kami membuat 'sentuhan akhir'; berbincang dengan pensyarah dan menokok mana kurang pada slide, petang tadi kami telah membentangkan draft breeding program Percula clownfish kami itu di hapadan Dr. Shahreza Md Sheriff dan rakan-rakan kami yang lain. Kami membentang kesemua 7 langkah yang terlibat dalam breeding program iaitu; Production system, Species, strains and breeding system, Breeding objective, Selection criteria, Animals selection and mating system, Monitor and compare alternative programs, dan System for expansion.

Dalam sesi soal jawab di akhir pembentangan, biarpun kami ditembak dengan soalan-soalan cepu emas; oleh Dr. Shah dan rakan-rakan kami, kami bolehlah dikatakan berjaya menjawabnya dengan agak lancar. Betul atau salah jawapan kami, itu soal kedua. Yang penting, kami mencuba.

'Kami' yang saya maksudkan terdiri dari empat orang sahaja. Sebuah kumpulan yang kecil jika dibandingkan dengan kumpulan lain dalam AQU3601. Saya adalah salah seorang dari 'kami' itu.

Saya tidak ingin menulis panjang sebenarnya. Kesuntukan masa pada saat-saat akhir semester membataskan saya. Di kesempatan ini, saya hanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Solehah, Hafiz dan Abdullah atas kerjasama yang diberikan. Saya juga ingin meminta maaf andai terdapat kesilapan, kekurangan atau kelemahan sepanjang bersama selama satu semester dalam satu 'pasukan'. Final exam nampaknya semakin menghampiri. Ada baiknya kita lupakan apa-apa yang patut dilupakan.


Di kesempatan ini juga, saya ingin berterima kasih kerana sudi menerima idea untuk mengambil Percula clownfish sebagai species pilihan dalam breeding program ini. Biarpun breeding program ini hanyalah di atas helain kertas dan slide Microsoft PowerPoint, sebenarnya memang menjadi cita-cita saya untuk membuka sebuah hatchery dan aquarium shop yang menghasilkan dan menjual pelbagai species clownfish, di suatu hari nanti. Breeding program di atas helain kertas ini akan saya transformasikan kepada breeding program sebenar.

Kebetulan, baru-baru ini saya ada menonton drama Korea berjudul 'Coffee Prince', tiba-tiba seusai pembentangan, saya mendapat idea untuk menamakan aquarium shop yang saya cita-citakan itu dengan sebuah nama; 'Picasso Prince'. Saya berharap, hasrat saya tercapai di suatu hari nanti. Moga-moga 'Picasso Prince' benar-benar akan menjadi kenyataan. Dan saya akan bekerja untuknya!
~Selamat menempuhi peperiksaan akhir dan selamat berjuang!

14 March 2011

Kampung Muhasabah

Hari khamis ini sepatutnya saya bertolak ke Kuala Lumpur, mengikuti lawatan yang dianjurkan FICOS. Dua minggu yang lalu, saya telahpun membayar tambang lawatan.

Salah satu tempat yang akan kami lawati ialah KLIA. Saya menyertai lawatan, semata-mata hendak melihat dengan dekat Hotel Haiwan yang dikendalikan oleh kargo MAS. Saya ingin melihat bagaimana proses import, eksport dan stop-over transshipment haiwan

dilakukan. Manalah tahu, kalau-kalau suatu hari nanti saya mempunyai kolam ikan dan mahu mengeksport ikan ke luar negara. Cita-citanya begitulah.

Entah kenapa sehari dua ini, mood saya menghilang. Apa yang dibuat, ada sahaja seperti yang tidak kena. Semua perkara, terasa seperti tidak sempurna. Seperti ada suatu kekurangan di situ. Perasaan pula bercampur gaul. Antara sedih, kecewa, marah, dan benci. Senyuman memang selalu terukir di wajah saya. Gurauan pun tidak pernah lekang dari gusi. Tapi dalam hati, siapa yang tahu?

Di tengah keserabutan, saya membuat keputusan untuk membatalkan lawatan ke Kuala Lumpur itu. Biar yang lain sahaja yang pergi. Makan angin ke Kuala Lumpur di waktu kepala berserabut begini, boleh menambahkan lagi keserabutan. Lagipun saya memang bencikan perjalanan yang lama dah jauh. Lebih baik pulang ke kampung sahaja. Dapat juga mencari ilham dan bermuhasabah, di sisi alam yang belum terusik di kampung saya itu.

Ada yang bising bila saya bercuti di kampung pada hari minggu. Ada yang kata saya manja. Ada yang kata saya pasif; tidak aktif dengan aktiviti universiti. Dan macam-macam lagi. Ada yang menyalahkan percutian saya di kampung gara-gara tugasan berkumpulan tidak berhasil seperti yang diidamkan. Reaksi saya, hanya mengomel dalam hati. Whatever.

Di universiti tidak lagi sama seperti di sekolah rendah. Aktif atau pasif, tidak boleh lagi dinilai dengan keterlibatan dengan program dalam universiti semata-mata. Luar lingkungan universiti, beribu-ribu lagi aktiviti yang boleh dilakukan. Soal kerja berkumpulan pula, di mana-mana pun boleh dilakukan. Jika boleh berbincang segala-galanya melalui Facebook, mengapa tidak boleh sahaja berbincang tugasan melalui cara yang sama? Sekarang, di kampung pun sudah ada talian internet. Hendak buat persidangan video melalui internet pun boleh.

Tapi begitulah, salah satu kepelikan manusia hari ini ialah suka menyukarkan benda yang sememangnya mudah. Suka juga menyalahkan orang. Mengkritik dan melabel orang, seimbang dan sama banyak.

Masa di sekolah, perangai melabel orang memang biasa. Zaman kebodohan katakan. Macam-macam saya dilabel. Menjejakkan kaki di universiti, dua kali lima rupanya. Perangai masih lagi macam perangai budak-budak.

Antara label yang saya terima ialah pemalas. Saya dikatakan suka curi tulang; suka lari dari kerja. Saya akui, saya bukanlah rajin sangat. Kalau rajin rasanya saya sudah berada di University of Tokyo sekarang. Paling kurang, di UPM. Tapi saya sebenarnya bukanlah pemalas sangat. Sewaktu latihan amali, saya boleh saja menjalankan eksperimen dari awal hingga akhir seorang diri. Memanglah, saya kalau boleh mahu melakukan sendiri setiap langkah eksperimen. Dari A sampai Z. Sebab saya memang sukakan eksperimen di makmal.

Tapi kalau saya masuk sahaja ke makmal dan menyentuh alat atau radas awal-awal lagi, orang kata saya mahu menguasai, mahu buat kerja seorang diri; mahu 'sapu semua'. Dan kalau saya biarkan orang lain yang mulakan dahulu pula, orang kata saya hanya tengok dan tak buat kerja pula. Memanglah saya hanya tengok dan tak buat kerja. Alat radas di tangan anda. Takkanlah saya mahu merampas alat dan radas dari tangan orang. Yang memegang alat dan radas pula asyik mengarahkan itu dan ini. Yang lain hanya jadi Pak Turut. Kemudian, labelkan orang sebagai pemalas, tidak bertanggungjawab, itu dan ini...Begitulah, satu kumpulan tuduh saya mahu kuasai segala-galanya, satu kumpulan lagi kata saya malas buat kerja. Akhirnya saya bingung seorang diri.

Bekerja dalam kumpulan, sepatutnya jangan ada permintaan yang berbentuk arahan. Jika arahan dalam nada bergurau bolehlah diterima. Dalam kumpulan, sepatutnya kita berkomunikasi secara adik-beradik. Tanya dahulu 'awak nak buat yang mana dan saya pula nak buat yang mana'. Dahulukan 'awak'. Itu melambangkan toleransi. Bukannya datang-datang, "saya dah buat yang ini dan awak pula buat yang ini!" Bekerja dalam arahan, boleh menghilangkan mood. Yang rajin pun boleh menjadi malas tiba-tiba. Kalaupun kita seorang ketua atau mengangkat diri menjadi ketua, janganlah memberi arahan sebelum bertanyakan ahli yang lain.

Saya bukanlah hendak bermusuh atau mencari gaduh. Musuh sedia ada pun sudah terlalu ramai rasanya. Tapi, berkali-kali menuding jari kepada orang dan melabel macam-macam, ada baiknya sesekali kita merendah diri dan menuding jari kepada diri sendiri. Kita bermuhasabah dan menilai diri, yang sememangnya penuh dengan kelemahan ini. Mungkin kita pun ada label yang orang pendamkan.

Khamis ini, saya pun ingin pulang ke kampung dan bermuhasabah. Saya ingin mencari jawapan. 'Saya ini pemalas'. Mungkin ada benarnya.

13 March 2011

Tsunami, Sakura, dan Kita


Petang itu aku rehat-rehat sambil menatap senaskhah akhbar. Angin pantai menghembus tubuhku. Kekuatannya seakan mahu sahaja menerbangkan akhbar itu. Aku terus menatap, membuka helaian akhbar. Satu persatu.

Dasyat sekali penangan ombak yang dinamakan 'Tsunami' itu. Kemusnahan dimana-mana. Dari udara, kelihatan runtuhan di sana sini. Ibarat sebuah negara yang baru sahaja mengakhiri zaman perang. Gemuruh seluruh warga Negara Matahari Terbit itu. Bimbang takut-takut Tsunami menjenguk lagi. Dunia juga bising. Negara itu bersimpati. Negara ini bersimpati.

Naoto Kan, Perdana Menteri Jepun yang entah ke berapa itu mengatakan sedikit bahan radioaktif terpaksa dilepaskan ke udara bagi mengurangkan tekanan dalam reaktor. Tsunami telah menyebabkan sistem penyejukan reaktor tidak berfungsi. Riuh penduduk yang menetap disekitar reaktor. Dalam fikiran masing-masing, mungkin terbayangkan peristiwa letupan reaktor nuklear Chernobyl tahun 1986 itu. Bandar Pripyat di Ukrain menjadi kosong tidak berpenghuni. Semua penduduk ingin menyelamatkan diri dari radiasi.

Aku terus membelek akhbar. Aku memerhati gambar-gambar kemusnahan yang dipaparkan. Maha dasyat. Rumah-rumah lesap entah kemana. Yang kelihatan hanya tinggalan tapak yang masih bersisa. Kereta tunggang-langgang di sana sini, tenggelam bersama serpihan dan sampah-sarap. Lapangan terbang dibanjiri air laut. Rumah dan kilang runtuh. Dan tangki penyimpanan gas asli terbakar. Sekitar kawasan kebakaran, udara dipenuhi asap hitam.

Lagu 'Sekuntum Bunga Sakura' bercorong dan bermain-main di telinga. Menyaksikan kemusnahan itu -walaupun hanya melalui gambar-gambar- menyebabkan aku terasa seolah-olah betul-betul berada di sana. Entah mengapa, lirik-lirik lagu Sekuntum Bunga Sakura semakin rancak. Kisah kekasih putus cinta dalam lagu tersebut, berbeza sama sekali dengan kisah petaka yang menimpa Jepun ini. Mungkin kerana bunga Sakura begitu sinonim dengan Jepun, lagu ini berdendang.

Aku hanyut seketika.....

Jepun adalah sebuah negara maju yang menarik. Negara banyak hutang ini memang popular dengan Bunga Sakura atau 'Cherry blossom'. Sakura memang cantik. Walaupun waktu berbunganya tidak tahan lama, Sakura memikat mata yang memandang. Musim Sakura mekar pula ditunggu-tunggu oleh pelancong dan warga Jepun sendiri. Sakura mekar memberi pemandangan yang indah dan bernostalgia. Bunga Sakura kebanggaan warga Jepun ini, bolehlah disamakan dengan sebuah kehidupan yang ceria, bahagia, dan penuh warna. Tapi kini, tiada lagi keindahan bunga Sakura untuk disaksikan. Yang ada hanyalah kemusnahan di mana-mana. Bunga Sakura hanyut entah kemana. Barangkali sudah layu, koyak-rabak dan reput dalam arus.

Azan maghrib tiba-tiba berkumandang. Lagu 'Sekuntum Bunga Sakura' terhenti bercorong. Saya berhenti berkhayal. Kita semua bolehlah diibaratkan seperti bunga Sakura. Bila-bila masa sahaja, kita boleh ditimpa 'Tsunami', dihanyutkan 'arus deras' dan terlonglai layu di perut bumi. Keceriaan dan kebahagiaan, boleh hilang sekelip mata. Umur kita pun, seperti juga umur bunga Sakura; tidak panjang. Umur alam dan perjalanannya juga begitu.


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"

"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." -Maksud dari Surah al-Baqarah.

24 February 2011

Aquarium of Life


Aquarium of Life
Amrul As Hasan



When I see them through the wall of their home, I know that they are so special for me. They bring colors to my world, brighten the dark time of my life, and erase all of my painful, black memories. They are not human. They are amazing creatures that make my world.

My hobby of fish keeping was accidently began when my father bought me a pair of goldfish on my seventh birthday celebration. Since then, I started learning on how to take care of ornamental fish; techniques, and some skills to make them look beautiful in their home; the aquarium.

For me, fish keeping hobby does not just give me satisfaction, but it also give me inspiration, motivation, develop my creativity, teach me about science and bring nature close to me.

The colorful body of fish blended with the transparent water, small stones, and plants decoration inside the aquarium give me satisfaction, some peaceful feeling that cannot be described.

I consider the aquarium as a basic element in my room, and feeding the fish is my daily routine. Watching the fish in the aquarium; their shapes, the colors of their body scales, and the way they swim, give me some inspirations that nothing can give.

The sound coming from the flowing water in the aquarium give me ideal situation, where any ideas I need, flows to my brain, as fast as the water.

When I’m stressed facing bad time in life, the fish become my best companions that motivate me. I talk to them and tell them everything; my frustrations on relationships, sadness of being moved away by some people… By looking at how happy they live in aquarium, give me motivation to live happily in my world.

I see the fish keeping as a combination of hobby and decor. From loving this hobby, I can develop my creativity in decorating the aquariums. My decorations inside the aquarium don’t come from any books, but from my own idea. Although the decorations sometimes are not so attractive, but as the fish grow, my creativity also improved.

The mystery of the death of several of my fishes, develop my curiosity and interest in biology since I was in secondary school. The opportunity of watching one of my fish gives fries further strengthened my interest in science. The combination of beauty, attractiveness and thousand more characters of the fish influenced my decisions on taking major in Fishery science at this university.

The aquarium also, brings the nature close to me. As I look they swim gracefully, feed greedily, and sometimes, mates full in love, I remind myself that the nature around me is not just to be conserved but more than that, it must be appreciated for the color it give to my life.

The fish keeping, for me is more than a hobby. It’s more than that. It’s an aquarium of inspiration, motivation, creativity, science and nature.

*Aquarium of Life is an introduction speech i presented in public speaking class during my second semester at University Malaysia of Terengganu. Special thanks to Ashraf Abdul Rahman for editing the speech outline.